Selasa, 24 November 2015

SINOPSIS PESONA CINTA ABSOLUTE - FARRAH WANIRA AKHIR



PESONA CINTA ABSOLUTE
FARRAH WANIRA AKHIR

Sinopsis

Kerana kasmaran yang tidak terperi, Razli sanggup membuang segala kebahagiaan hidupnya selama tiga puluh tahun. Selama itu, hidupnya dibiar kosong dan tiada erti demi kemutlakan cinta terhadap Faridah.
“Aku sanggup tongong demi memastikan bahawa cintaku terlalu abadi. Sayangku kepadamu terpateri sehingga akhir hayat.” RAZLI
Tetapi, segalanya berubah apabila kehadiran si gadis manis bergetah menjadikan jiwa Razli perlip. Pukulan asmara memukau Sabrina membuat Razli menodai sumpah setianya kepada Faridah yang terlalu utuh selama ini.
“Kau sudah gayut dimamah usia serta rambutmu lebih banyaVk putih daripada hitam. Tetapi aku tetap mencintaimu kerana ketulusan hati yang kau renjiskan di tubuhku.” SABRINA
Razli dibuai keasyikan Sabrina yang sungguh abnormal. Lupa dirinya seorang tua yang sudah tidak bertenaga. Jiwanya menjadi muda dan taburan kasih yang selaksa daripada Sabrina membuat Razli alpa.
Keseronokan Razli bermain berahi di tengah lautan mengundang malapetaka ke atas dirinya. Kini Faridah muncul semula untuk menuntut sumpah setia yang telah dimeterai mereka berdua.
“Aku lenyapkan diri selama berpuluh tahun demi melihat kesetiaanmu. Ternyata kau jantan musibat yang mencabuli sumpah! Awas kau, Razli!” FARIDAH
Faridah mula bertindak brutal untuk mendapatkan Razli semula dari tangan Sabrina. Bagaimana Razli hendak menepis kekejaman Faridah? Adakah dia harus membahalolkan diri tanpa berbuat apa-apa? Atau menjadi adiwira untuk melindungi Sabrina yang diancam Faridah? Hanya Razli yang boleh mengorak segala kacau-bilau ini.


Untuk maklumat dan cara pembelian secara online, sila layari fanpage kami:
https://www.facebook.com/pages/Penerbitan-ILHAM-persona/314611835382748?ref=hl

Semenanjung           RM 28.00
Sabah & Sarawak   RM 31.00



Ahad, 8 November 2015

As' salam....

Dapatkan novel-novel terbitan Ilham Persona di pasaran..
Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh beli secara online melalui kami...

Untuk maklumat dan sinopsis novel-novel terbitan kami yang lain, sila layari fanpage kami:
https://www.facebook.com/pages/Penerbitan-ILHAM-persona/314611835382748?ref=hl