MY WEDDING AGREEMENT
Ainune Najiehah Samsuri
Cinta abadi sangat diharapkan oleh setiap insan. Kebahagiaan
dalam berumah tangga merupakan impian yang harus dicapai. Tetapi semua itu tidak diperolehi Aina.
Hidup Aina bagaikan di dalam neraka. Setiap hari Aina dijamu penampar, penumbuk
dan penendang Nazri.
“Jika diberi pilihan sama ada memilih kau atau pisau. Aku
akan memilih pisau. Kemudian, pisau itu akan kupacak ke dadamu kerana rasa
sayang sudah tidak mengalir lagi di dalam diriku.” NAZRI
Aina terpaksa juga mengharungi neraka itu disebabkan
perjanjian perkahwinan yang telah dimaterai secara rahsia dengan Nazri.
Perjanjian perkahwinan antara Aina dan Nazri wujud kerana kisah silam mereka
berdua yang penuh kegelapan.
“Walaupun kita telah menemui cinta baharu, memori manis
masa lalu akan terus memburu kita sepanjang hayat.” AINA
Pengalaman Aina bersama Faiz benar-benar mengusik jiwa.
Faiz merupakan putera sempurna. Dia memberikan cinta dan kasih sayang yang
sangat luar biasa kepada Aina. Namun,
itu semua hanya tinggal sejarah.
“Muzik boleh berhenti. Tetapi hati saya tidak. Hati saya
akan terus memainkan sebuah lagu, lagu itu berjudul ‘cinta sejati’.” FAIZ
Seorang mualaf hadir dalam diri Aina. Mualaf yang bernama
Daniel itu bagaikan si penyelamat. Daniel sanggup menjadi benteng terakhir
untuk mempertahankan Aina daripada terus menjadi mangsa Nazri. Semua itu
dilakukan Daniel disebabkan rasa sayang yang mendalam. Tetapi, rasa sayang itu
tidak dapat dicurahkan kerana Aina masih lagi berstatus isteri orang.
“Cinta membuatkan kita lebih bodoh dari kalangan yang
bodoh. Kebodohan kita itu akhirnya menuju kemusnahan. Tetapi masih ada jalan
untuk keluar dari kebodohan itu bagi mengelak kemusnahan berlaku.” DANIEL
Harga
RM 36.00 Semenanjung
RM 36.00 Semenanjung
RM
39.00 Sabah Sarawak
UNTUK
DAPATKAN NOVEL INI SILA HUBUNGI 016-9588514