Jangan perap bakat
atau simpan karya anda hanya untuk tatapan diri sendiri...
Marilah berkongsi
karya kreatif anda kepada semua peminat novel dan sastera tanah air...
Kami
mengalu-alukan para penulis yang sudah mapan, ataupun yang baru menceburkan
diri dalam dunia penulisan kreatif tanah air...
Ini kaedahnya...
PANDUAN MENGHANTAR
DAN MENULIS MANUSKRIP UNTUK TERBITAN PENERBITAN ILHAM PERSONA
1) Penulis
bebas menulis apa sahaja naratif dalam berbagai-bagai genre mengikut pilihan
dan kesesuaian penulis itu sendiri seperti cinta, thriller, indie, penyiasatan,
fantasi, misteri, seram, pengembaraan, komedi, agama, sejarah, biografi,
psikotik, teenlit, chicklit, sains, aksi, falsafah, satira, sukan, retro, metro
pop, budaya, perang, patriotik dan sebagainya.
2) Jika menggunakan size
font 12, manuskrip mesti 400 muka surat atau lebih dan 1.5 spacing. Manakala jika size font 10, manuskrip mesti 280 muka
surat atau lebih dan 1.5 spacing. Tipografi
adalah menggunakan times new roman
sahaja.
(SILA SERTAKAN
TAJUK dan SINOPSIS MANUSKRIP ANDA)
Jika ada karya yang sudah siap dihasilkan tetapi tidak mencapai ketebalan
seperti yang dikehendaki oleh pihak penerbit, anda boleh juga menghantar kepada
kami. Jika panel penilai menilai ianya sesuai untuk diterbitkan, penerbit akan
menghubungi anda. Penulis dikehendaki melakukan penambahan atau pindaan bagi memastikan
kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan). Kepada karya-karya yang
dibimbing sebegini, anda hendaklah setia menjadi penulis di
bawah label PENERBITAN ILHAM PERSONA sahaja.
(SILA SERTAKAN
TAJUK dan SINOPSIS MANUSKRIP ANDA)
3) Sertakan surat akuan
karya anda. WAJIB.
Sertakan nama
sebenar, nama samaran, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi dan alamat
email.
Sila nyatakan manuskrip
yang disertakan adalah karya asli anda. Bukan karya ciplak, terjemahan daripada
mana-mana novel atau adaptasi daripada mana-mana karya. Sekiranya manuskrip
pernah diterbitkan dalam bentuk e-novel, anda perlu menyatakan alamat laman blog
tersebut.
Sila pastikan manuskrip yang dihantar itu tidak pernah diserahkan kepada
mana-mana penerbit sebelum ini. Kami juga tidak mahu anda menghantar manuskrip
yang sama/atau manuskrip yang seterusnya ke merata-rata penerbit-penerbit lain.
4) Jika anda tidak
mematuhi fasal 3 di atas, sekiranya berlaku dan terdapat permasalahan nanti, anda
perlu bertanggungjawab di atas hal ini. SURAT AKUAN INI HARUS DITANDATANGANI BERSERTA
TARIKH.
5) Tempoh penilaian akan dibuat selewat-lewatnya 2 hingga 3 bulan dari
tarikh penerimaan. Tetapi selalunya lebih awal dari tarikh tersebut. Jika panel
kami berminat untuk mengambil manuskrip anda untuk diterbitkan, penerbit akan
menghubungi anda melalui telefon dan email.
6) Manuskrip
hendaklah dicetak di bahagian depan sahaja dan bukannya depan belakang.
Kemudian dijilid. Seelok-eloknya com binding.
7) Manuskrip ini
hendaklah dihantar sendiri atau diposkan ke PENERBITAN ILHAM PERSONA. (Bukti
pos tidak boleh dijadikan sebagai bukti penerimaan) Jangan sertakan CD, disket
atau pendrive. (Jika hendak menghantar karya anda melalui email, sila hantarkan
ke penerbitanilhampersona@gmail.com
atas nama manuskrip untuk dinilai. Sila
pastikan butiran peribadi anda termasuk nombor telefon disertakan.)
8) Setiap
manuskrip yang sampai ke PENERBITAN ILHAM PERSONA akan dimaklumkan kepada
penulis. Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.
9) Anda perlu
menghantar keseluruhan manuskrip dan bukannya sekadar beberapa bab sahaja
semata-mata untuk mendapatkan komen.
10) Jika kualiti
cerita tidak memenuhi kriteria pemilihan, manuskrip tersebut ditolak dan tidak dikembalikan.
Hanya akan dimaklumkan melalui telefon dan email sahaja.
Perkara-perkara
yang perlu dipatuhi sebelum menghantar manuskrip anda,
1) Pastikan karya anda mempunyai ciri-ciri yang
disebutkan di bawah agar tidak mengganggu proses penilaian dan sekaligus
mengganggu jalan cerita anda.
2) Manuskrip yang dihantar mestilah menepati ciri-ciri
berikut,
I.
Tiada unsur
hubungan intim/bilik tidur yang keterlaluan.
II.
Tiada unsur
perkauman atau terlalu menyentuh sensitivi agama atau bangsa dan adat resam.
III.
Tiada unsur
politik atau idealogi haluan kiri baik dari dalam negara mahupun luar negara.
IV.
Jika tidak yakin
dengan dialog Bahasa Inggeris yang dikarang, sila gunakan Bahasa Melayu sahaja.
V.
Tidak boleh sesuka
hati mencampuradukkan bahasa atau mengubah bahasa itu mengikut bahasa pasar
tanpa diboldkan misalnya = kisah
jadi kesah, seorang diri jadi sorang-sorang, penipu jadi pengencing, apahal jadi apasal.
VI.
Perkataan/ejaan
ketika berchat mesti dielakkan.
Misalnya. Ko, pesal, dlm, sy, otw, omg, dan
sebagainya.
VII.
Jika menggunakan
loghat daerah atau negeri, wajib diboldkan.
Misalnya hang, depa, ese, apo, kono, mongak,
gerek, abe, ikang, dan sebagainya.
VIII.
Jika menggunakan
perkataan atau ayat dalam bahasa Inggeris, wajib diitalickan. Misalnya, good morning,
handsome, scanner, dan sebagainya.
IX.
Tidak boleh
menggunakan bahasa yang terlalu lucah atau bahasa yang keterlaluan.
Seelok-eloknya gunakan bahasa yang sudah ditapis sedikit atau bahasa kiasan
sahaja.
X.
Dilarang sama
sekali menciplak hasil karya atau idea orang lain atau bahan yang diambil dari
internet. Jika mahu menggunakan kata-kata hikmat atau sebagainya, sila masukkan
rujukan.
XI.
Kami tidak
menggalakkan menggunakan hadis di dalam karya, ini kerana penulis perlu
pastikan dahulu hadis yang diperolehi itu adalah hadis sahih ataupun tidak.
Begitu juga jika menggunakan ayat al-Quran. Jika kurang yakin, jangan guna bagi
mengelak kekeliruan para pembaca. Seeloknya harus rujuk kepada JAKIM dahulu.
XII.
Jika boleh, karya
yang dihasilkan harus ada hubungan antara kaum berbilang bangsa di Malaysia.
3) Setelah memenuhi kriteria di atas, sila hantarkan
manuskrip anda ke;
KETUA EDITOR
(PENILAIAN
MANUSKRIP)
PENERBITAN ILHAM
PERSONA
151-4-6A TINGKAT
4,
WISMA MUTIARA
PUCHONG,
BATU 6 1/2 JALAN
PUCHONG,
58200 KUALA LUMPUR.
Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada
penerbitanilhampersona@gmail.com
atau mesej ke
FB Penerbitan-ILHAM-persona
atau WhatsApp ke talian 013-3676396