Jumaat, 6 Mei 2016

SINOPSIS BUKAN CINTA TABU - EMILY YASMINE


SINOPSIS

HIDUP sebagai lelaki, tetapi terperangkap dalam tubuh perempuan, memang menyusahkan. Lebih-lebih lagi kalau diri berwajah lote dan menggetarkan nyawa. Itulah dialami Rohaya. Biarpun berwajah ayu, dirinya tetap berjalan membuka dada mengalahkan lelaki bertubuh sado.

“Gua bukan suka-suka mahu jadi tomboy. Sudah naluri gua sejak lahir. Jadi, lu orang jangan nak sibuk-sibuk tepi seluar gua...” ROHAYA

Setiap hari, hidup Rohaya berkisar dalam buana Haikal, rakannya sejak di bangku sekolah lagi. Mereka berdua bagaikan pantai dan laut, tidak boleh dipisahkan.
“Kita kawan sampai mati. Ke mana aku pergi, kau mesti ikut. Jika kau tiada di sisiku, lebih baik aku mati!” HAIKAL

Berpegang kepada janji, mereka berdua ikrab sehingga ke alam pekerjaan. Namun, semuanya berubah apabila Haikal tertemu seorang gadis bertubuh genit dan jinih. Bagaikan orang kalap, Haikal terlalu mudah tertaut kama kepada gadis itu.

“Apa sahaja yang abang mahu, saya pasti turuti tanpa banyak bicara. Asalkan, abang bersama saya dan kalau boleh, berkepit di ketiakku setiap hari...” AIN

Kasmaran melampau Haikal bersama Ain membuat Rohaya jadi wailol. Dia terus hilang punca dan gagal mengawal diri gara-gara timbul rasa jaki terhadap pasangan tersebut.

Rohaya hairan dan benar-benar keliru. Mengapa harus menjadi begitu sedangkan dia telah berjanji kepada diri sendiri akan berlagak lelaki sampai mati? Adakah selama ini Rohaya hanya berpura-pura sahaja sedangkan jauh di lubuk hatinya, dia masih tetap perempuan sejati? Entahlah, Rohaya tidak tahu.... Apa-apa pun, hubungan Haikal dengan Ain membuat jiwa Rohaya terbakar hangus. Dia berdoa agar pasangan itu segera berantakan dan akhirnya, memutuskan hubungan!

Selasa, 3 Mei 2016