Selasa, 8 Julai 2014

MEMERIAHKAN INDUSTRI NOVEL DI MALAYSIA



Selamat datang ke PENERBITAN ILHAM PERSONA. Kami merupakan sebuah syarikat penerbitan baharu yang akan menyerikan industri pembukuan tanah air terutama penerbitan novel.

Kami amat mengalu-alukan para pembaca agar menyokong kami dalam memeriahkan industri penerbitan novel yang semakin pesat di Malaysia.

SALAM DARIPADA KAMI

PENERBITAN ILHAM PERSONA



BOSS, I LOVE YOU – Di Pasaran pada Ogos 2014



PASTI MEMBUATKAN PENGALAMAN
MEMBACA ANDA MENJADI LUAR BIASA!

MANUSIA paling dibenci Pyqa adalah bosnya iaitu Farid. Kalau boleh, Pyqa mahu melempang bosnya berkali-kali sampai lelaki itu berpusing-pusing kepala. Setiap hari, bosnya selalu memberi arahan di luar kemampuan Pyqa sebagai seorang pekerja.

“Semakin dia memberikan tekanan, semakin aku membencinya. Tetapi kebencian itu adalah perkara yang mustahil untuk aku tidak menyukainya.”PYQA


Sebagai seorang yang lasak dan sering melakukan aktiviti mencabar, kehidupan Pyqa dipenuhi pengalaman yang sangat luas. Pernah dilanda kesedihan setelah gagal dalam percintaan bersama Fahmi membuatkan Pyqa menjadi matang.

“Syurga wanita bukan pada tubuh yang dimiliki. Tetapi adalah rasa sayang yang tidak dapat digambarkan, namun hanya dapat dirasai.” FAHMI

Kemesraan Pyqa dengan Syamil berjaya membuang segala kesengsaraan bekerja di bawah seliaan bos yang berperangai mengalahkan Israel.

“Cinta yang berkembang mesti daripada hati yang subur. Apabila anda berada jauh darinya, cinta itu akan melepas. Apabila anda mendekati, ianya bagaikan melarikan diri!” SYAMIL

Segala keperitan itu akhirnya berubah apabila bos paling dibenci Pyqa tiba-tiba menjadi seorang yang sangat baik. Kebaikan yang ditonjolkan oleh bosnya mengundang seribu satu persoalan di dalam hati Pyqa. Mengapa bosnya menjadi begitu? Hanya bos sahaja yang tahu!

“Sebagai bos di pejabat, pasti membuatkan orang yang anda suka membenci anda setiap hari.”FARID


Harga
RM 36.00 Semenanjung
RM 39.00 Sabah Sarawak
UNTUK DAPATKAN NOVEL INI SILA HUBUNGI 016-9588514

ACTUALLY,DIA MEMANG PLAYBOY - Di Pasaran pada Julai 2014



KISAH HEBAT SEORANG LELAKI....

BERCINTA dengan ramai perempuan memang best. Itulah yang dirasai Norman apabila mencintai Sahira dan Datin Alysa sekaligus. Sahira sangat cantik, lawa dan menawan. Manakala Datin Alysa pula masih muda, bergetah dan kaya-raya.

“Kadang-kadang saya tidak dapat mengenali diri saya sendiri ketika bersama awak. Belaian manja awak benar-benar membuatkan saya hilang ingatan.”SAHIRA

“Awak melemaskan saya. Tetapi ‘kelemasan’ itu terlalu seronok untuk saya lalui.’DATIN ALYSA

Kemunculan Puan Sheila yang sangat ‘mantap’ secara tiba-tiba pula membuatkan Norman dalam dilema sama ada mahu menyambut kasih sayang perempuan itu ataupun tidak.

“Tempat terbaik untuk menghilangkan rasa rindu adalah di ketiakku.” PUAN SHEILA

Sahira hilang secara misteri membuatkan Norman berasa gundah. Kebahagiaan Norman bersama Datin Alysa telah berubah menjadi malapetaka. Sifat keibuan Puan Sheila yang melampau membuatkan Norman tidak selesa. Bagaimana Norman mahu menyelesaikan masalah ini? Siapa Hadi si kacak? Siapa Bahari si panas baran? Siapa Aida si anggun? Siapa pula Suzi, Lisa dan Mira? Semuanya akan terungkai....

“Cinta ibarat penyakit kulit, makin digaru makin sedap. Tapi kalau kulit sudah berdarah sebab digaru dengan kasar, ia amat menyakitkan.” NORMAN

Harga
RM 35.00 Semenanjung
RM 38.00 Sabah Sarawak
UNTUK DAPATKAN NOVEL INI SILA HUBUNGI 016-9588514


TOMBOY PUN CINTA LELAKI JUGA! - Di Pasaran pada Jun 2014


Tomboy Pun Cinta Lelaki Juga

Dunia ‘kelelakian’ membuatkan Roy menjadi seorang yang lasak. Meminati motorsikal berkuasa tinggi, gila memancing dan juga sering berkhemah di dalam hutan kadang kala menyebabkan dia sendiri terlupa bahawa dirinya adalah perempuan.
“Aku ini jantan yang lebih jantan daripada jantan!” ROY.
Roy mengenali Haikal setelah lelaki itu berpindah kekawasan perumahannya. Kehilangan adik Haikal buatselama-lama, membuatkan lelaki itu berubah sikap menjadi pendiam. Namun keadaan Haikal pulih semula apabila persahabatan dengan Roy mampu menggantikan adiknya.
Roy cuba menafikan bahawa dirinya sudah jatuh cinta terhadap Haikal. Tetapi Roy gagal melawan apa yang bersarang di dalam hati itu apabila Haikal bertunang dengan Ain. Perasaannya jadi tidak menentu dan rasa cemburu terbit dalam dirinya.
Kegusarannya terubat apabila dia bertemu Faris. Adakah kehadiran Faris boleh membuatkan Roy melupai Haikal? Adakah pertunangannya dengan Faris boleh menggantikan Haikal di hatinya? Adakah perkahwinan yang bakal ditempuhi boleh menjadi penawar dalam hati Roy? Semua persoalan itu hanya Roy yang tahu....
“Tomboy juga manusia, punya harga dan punya hati.” ROY
Kalau pun bulan bintang boleh aku beri, nescaya aku tidak mampu untuk menjadikan kau permaisuriku.” HAIKAL

Harga
RM 28.00 Semenanjung
RM 31.00 Sabah Sarawak
UNTUK DAPATKAN NOVEL INI SILA HUBUNGI 016-9588514