Tomboy Pun Cinta Lelaki Juga
Dunia ‘kelelakian’ membuatkan Roy menjadi seorang
yang lasak. Meminati motorsikal berkuasa tinggi, gila memancing dan juga sering
berkhemah di dalam hutan kadang kala menyebabkan dia sendiri terlupa bahawa dirinya
adalah perempuan.
“Aku ini jantan yang lebih jantan daripada jantan!” ROY.
Roy mengenali Haikal setelah lelaki itu berpindah
kekawasan perumahannya. Kehilangan adik Haikal buatselama-lama, membuatkan lelaki
itu berubah sikap menjadi pendiam. Namun keadaan Haikal pulih semula apabila persahabatan
dengan Roy mampu menggantikan adiknya.
Roy cuba menafikan bahawa dirinya sudah jatuh cinta
terhadap Haikal. Tetapi Roy gagal melawan apa yang bersarang di dalam hati itu apabila
Haikal bertunang dengan Ain. Perasaannya jadi tidak menentu dan rasa cemburu terbit
dalam dirinya.
Kegusarannya terubat apabila dia bertemu Faris.
Adakah kehadiran Faris boleh membuatkan Roy melupai Haikal? Adakah pertunangannya
dengan Faris boleh menggantikan Haikal di hatinya? Adakah perkahwinan yang
bakal ditempuhi boleh menjadi penawar dalam hati Roy? Semua persoalan itu hanya
Roy yang tahu....
“Tomboy
juga manusia, punya harga dan punya hati.” ROY
“Kalau
pun bulan bintang boleh aku beri, nescaya aku tidak mampu untuk menjadikan kau permaisuriku.”
HAIKAL
Harga
RM 28.00 Semenanjung
RM 31.00 Sabah Sarawak
UNTUK
DAPATKAN NOVEL INI SILA HUBUNGI 016-9588514
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.