Selasa, 24 Februari 2015

Miss Lonely Chubby


PENGALAMAN BAHARU DALAM SEBUAH CEREKA...

MISS LONELY CHUBBY
Wafaa’ Munierah Umar

HIDUP kesepian tanpa cinta, pasti membuatkan jiwa menjadi bebal. Itulah yang dialami Adibah, hidupnya kosong tanpa cinta disebabkan badannya diselaputi lemak yang tebal, kulitnya hitam seperti tar dan wajahnya pula apabila dilihat, tidak ubah seperti penunggu sungai.

“Perbuatan paling tabu adalah melihat diriku di hadapan cermin. Alangkah baiknya jika cermin tidak pernah dicipta, supaya aku boleh membayangkan diriku sangat cantik di muka bumi ini.” ADIBAH

Adibah dihina dan dipulau orang di sekelilin

“Kehodohan yang kau miliki bagaikan melekat pada wajahku. Kau selayaknya tinggal di dalam hutan dan harus menjalani hidup sebagai nomad. Di sana, kau berkawanlah dengan badak. Agar badak itu tahu bahawa kau sebahagian daripadanya.” SAKIRA

Kehidupan berduri dan menyebalkan itu berubah secara tiba-tiba apabila seorang lelaki mula menyedari kecantikan yang tersembunyi di sebalik kejelikan Adibah.

“Menilai kecantikan menggunakan pendekatan yang jahil adalah seperti hanya melihat kulit tanpa melihat isinya. Aku menilai dari sudut yang bijak apabila mengupas kulit tubuhmu dengan asmara untuk menyelongkar kecantikan yang kau miliki.” QAHIR

Seorang lelaki bergelar Datuk Seri juga secara tiba-tiba menaruh cinta terhadap Adibah. Dia melihat kecantikan Adibah yang tersembunyi itu bagaikan melihat bidadari yang turun dari kayangan untuk bersiram di sungai yang jernih airnya.

“Cinta adalah perkara paling indah yang tidak dapat dilihat atau didengar. Cinta itu harus dirasai dengan hati yang murni.” DATUK SERI NAJMUDIN

Adibah keliru. Tidak pasti sama ada mahu menyambut cinta yang ditaburkan oleh kedua-dua lelaki kacak dan kaya-raya itu, atau kekal sebagai chubby kesepian yang sering dihina dan dimaki orang.
gnya. Mereka bagaikan terlalu jijik memandang Adibah. Seolah-olah mereka hidup bersama manusia yang menghidap penyakit berjangkit.


Harga:
RM 36.00 Semenanjung (free postage)
RM 39.00 Sabah Sarawak (free postage)


Novel-novel terbitan Ilham Persona kini berada di pasaran..
Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda atau beli secara online melalui kami....
Facebook // Penerbitan Ilham Persona

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.