SINOPSIS
KALAU hidup tanpa cabaran, lebih baik
jangan hidup. Tapi kalau hidup penuh cabaran, lebih baik juga tidak perlu
hidup. Begitulah dilalui Halim, hidupnya bermula normal, tetapi akhirnya
berubah menjadi tuman. Ini gara-gara Syahira yang sering mendampratnya tanpa
sebab.
“Aku tidak tahu bersastera. Bahasa
paling mudah untuk aku berbicara kepadamu, menyumpah seranahmu berbakul-bakul.
Itu sahaja!” SYAHIRA
Walau Syahira bersikap rampus terhadap
Halim, ianya tidak membuat lelaki itu berasa cemuih. Malah, Halim merasakan
sikap Syahira itu bagai satu pesta jiwa.
“Biarpun bahasamu ketika mendampratku
terlalu nista dan sadis, ianya tidak langsung membuat telingaku menjadi nipis.
Aku tahu, kehadiranku di sisimu bukan untuk memberi lenang.” HALIM
Segala kepayahan dan keperitan Halim
yang diperdom Syahira setiap hari, terubat tatkala wujud Azura. Gadis molek
bertubuh mungil itu bagai bidadari yang merawat segala luka di hati Halim.
“Manusia sering mengimpikan agar bulan
jatuh di riba. Begitulah aku, berimpian dirimu menabur selaksa kama kepadaku.”
AZURA
Keakraban Azura dan Halim membuat
Syahira menjadi saru. Entah mengapa hal itu timbul, benar-benar membikin
Syahira gawal. Kini tiba-tiba wujud rasa semara dalam jasmani Syahira terhadap
Halim.
Hubungan Azura dan Halim semakin ikrab.
Setiap masa tanpa songeh, Azura melakukan terbaik untuk menambat atei lelaki
itu. Namun, adakah Halim akan menyambut sayi Azura biarpun gadis itu terlalu
berharap? Atau, mengampuni dosa Syahira yang kini telah berjiwa lembut bagai
agar-agar? Kedua-dua pilihan itu di tangan Halim untuk menetaknya secara waras.
RM 30.00 SEMENANJUNG
RM 33.00 SABAH/SARAWAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.