Selasa, 23 Ogos 2016

SINOPSIS ASMARA LIBANG-LIBU

As'salam...

ASMARA LIBANG-LIBU - WAFAA' MUNIERAH UMAR

Asmara yang menggoncang nubari, membuat fikiran menjadi rada luas biasa. Malah, kecelaruan kasmaran yang bergelojak, membuat fikiran menjadi terlalu buntu.

Itulah dialami Adibah. Apabila cinta tertanam dalam diri setelah bertemu si teruna perkasa, hatinya terus menjadi tidak keruan, lalu debaran mengasak-asak setiap kali nafasnya.

“Melihatmu sahaja, aku terus jadi tiga suku. Qahir, aku mahu menggodamu dengan segala yang ada pada tubuhku ini. Aku tidak kisah orang mengatakan perigi mencari timba, sebab aku sangat menyukaimu sepenuh hati.” ADIBAH

Cinta gila Adibah kepada Qahir telah mengundang rasa jaki Sakira. Gadis berstatus anak hartawan itu menyimpan kesumat terhadap Adibah sehingga sanggup membuat apa sahaja demi hati Qahir dapat ditawannya.

“Oleh kerana kau berani mendekati jejaka kegilaanku, maka kuhancurkan seluruh maruahmu tanpa tanggung-tanggung, lalu membuangnya ke laut. Biar hidupmu menjadi tidak berperibadi sehingga akhir hayat!” SAKIRA

Perbuatan laknat Sakira telah mengundang rasa sedih Adibah. Dia benar-benar kesal, dan hilang harga diri. Namun, rasa kesal itu hilang begitu sahaja setelah muncul cahaya pembalasan yang tidak terperi.

Adibah membulat tekad, asmara libang-libunya harus segera diperbetulkan. Kaedahnya ialah, mengenyahkan Sakira dari kotak fikirannya secara total. Namun, bagaimana cara paling berkesan agar ianya dilihat bukan pembalasan yang sakral? Hanya Adibah saja tahu menyelesaikannya menjadi tuntas...


HARGA
SEMENANJUNG : RM 36.00 (POSTAGE PERCUMA)
SABAH/ SARAWAK : RM39.00 (POSTAGE PERCUMA)

SINOPSIS BUNGA LAIN FITRAH - SMAHADZIR

As'salam...

SINOPSIS

BUNGA LAIN FITRAH - SMAHADZIR


Apabila si teruna mencintai si gadis, itu lumrah kehidupan, tetapi jika si teruna mencintai si gadis yang punya lain citarasa, itu di luar hakikat manusia. Itulah dialami Arfik, mencintai seorang gadis yang hanya mahu membuka hatinya kepada rakan sejenis sahaja.

“Terus terang, awak bukan ‘taste’ saya. Hati saya inihanya boleh dibuka oleh haruman mawar yang datang dari golongan hawa semengga.” JOO ANN PARE.

Walaupun Joo Ann Pare tegar menerima cinta hanya dari kaumnya sahaja, ini tidak mematahkan semangat Arfik untuk mengejar gadis asal Connecticut, Amerika Syarikat, yang sangat berpegang kuat kepada agama Kristian Protestan itu.
“Kamu ialah manusia yang dijadikan Tuhan secara normal, dan itu fitrah. Justeru, kamu harus akur dengan kejadian semula jadi seorang wanita. Lelaki ialah pasangan kamu, dan kamu harus menerima hakikat itu.”ARFIK

Walaupun mengaku terlalu payah, Arfik tidak berputus asa dalam usaha membuka hati Joo Ann Pare untuk menerimanya, dan seterusnya mengubah tatacara hidup gadis tersebut.

Namun, bagaimanakah cara terbaik yang harus dilakukan Arfik agar ianya dilihat sebagai perkara yang murni abadi? Adakah dia harus menyedarkan Joo Ann Pare tentang keEsaan Tuhan yang sebenar-benarnya, atau melawan bait-bait yang terucap dari bibir delima Joo Ann Pare di mana sentiasa melemaskan Arfik dengan kesyahduan rasa menggoda? Entahlah, kedua-duanya itu, terpulang kepada Arfik untuk melakukan tindakan yang terbaik.

HARGA
SEMENANJUNG : RM 28.00 (POSTAGE PERCUMA)
SABAH/ SARAWAK : RM31.00 (POSTAGE PERCUMA)