Selasa, 23 Ogos 2016

SINOPSIS ASMARA LIBANG-LIBU

As'salam...

ASMARA LIBANG-LIBU - WAFAA' MUNIERAH UMAR

Asmara yang menggoncang nubari, membuat fikiran menjadi rada luas biasa. Malah, kecelaruan kasmaran yang bergelojak, membuat fikiran menjadi terlalu buntu.

Itulah dialami Adibah. Apabila cinta tertanam dalam diri setelah bertemu si teruna perkasa, hatinya terus menjadi tidak keruan, lalu debaran mengasak-asak setiap kali nafasnya.

“Melihatmu sahaja, aku terus jadi tiga suku. Qahir, aku mahu menggodamu dengan segala yang ada pada tubuhku ini. Aku tidak kisah orang mengatakan perigi mencari timba, sebab aku sangat menyukaimu sepenuh hati.” ADIBAH

Cinta gila Adibah kepada Qahir telah mengundang rasa jaki Sakira. Gadis berstatus anak hartawan itu menyimpan kesumat terhadap Adibah sehingga sanggup membuat apa sahaja demi hati Qahir dapat ditawannya.

“Oleh kerana kau berani mendekati jejaka kegilaanku, maka kuhancurkan seluruh maruahmu tanpa tanggung-tanggung, lalu membuangnya ke laut. Biar hidupmu menjadi tidak berperibadi sehingga akhir hayat!” SAKIRA

Perbuatan laknat Sakira telah mengundang rasa sedih Adibah. Dia benar-benar kesal, dan hilang harga diri. Namun, rasa kesal itu hilang begitu sahaja setelah muncul cahaya pembalasan yang tidak terperi.

Adibah membulat tekad, asmara libang-libunya harus segera diperbetulkan. Kaedahnya ialah, mengenyahkan Sakira dari kotak fikirannya secara total. Namun, bagaimana cara paling berkesan agar ianya dilihat bukan pembalasan yang sakral? Hanya Adibah saja tahu menyelesaikannya menjadi tuntas...


HARGA
SEMENANJUNG : RM 36.00 (POSTAGE PERCUMA)
SABAH/ SARAWAK : RM39.00 (POSTAGE PERCUMA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.