Rasa benci terarah dendam memang terlalu pedih untuk
dihadam. Apatah lagi rasa itu wujud terhadap orang yang paling kita sayangi.
Itulah dialami Emran Rizal, jiwanya kacau-bilau setelah hatinya terbenam di
nubari Anis Rumaisa biarpun gadis itu diyakini telah membunuh isteri, anak
serta ibu bapanya.
“Berikan aku pisau dan pasti kubenam pisau itu di
dadamu kerana total membencimu. Namun apakan daya, rasa sayangku kepadamu
melebihi segala-galanya.” Emran Rizal.
Walaupun Anis Rumaisa kesal Emran Rizal sangat-sangat
membencinya dek menuduhnya sebagai pembunuh, dalam diam-diam, timbul kasmaran
luar biasa Anis Rumaisa kepada Emran Rizal. Ini membuat jiwa Anis Rumaisa
seolah-olah di awang-awangan kerana begitu asyik.
“Jujur, aku mencintaimu ibarat pesona di langit biru.
Jujur juga, aku meluat melihatmu ibarat api yang membakar hangus seluruh
harmoni.” Anis Rumaisa.
Bagaimana Emran Rizal dan Anis Rumaisa hendak
menguraikan kecelaruan yang dihadapi masing-masing? Adakah mereka berdua harus
berjumpa tabib untuk mendapat rawatan? Atau membiarkan rasa benci dan dendam
itu hanyut di laut begitu sahaja? Kedua-dua persoalan itu hanya Emran Rizal dan
Anis Rumaisa yang boleh menyelesaikannya, tetapi dengan syarat, mereka berdua
harus tidak berotak lembam.
AMOUR ET DE VENGEANCE- ALEEYA ATINZA
RM 28.00 Semenanjung FREE POSTAGE
RM 31.00 Sabah Sarawak FREE POSTAGE
AMOUR ET DE VENGEANCE- ALEEYA ATINZA
RM 28.00 Semenanjung FREE POSTAGE
RM 31.00 Sabah Sarawak FREE POSTAGE