Selasa, 11 Oktober 2016

SINOPSIS BALITA BOLEN MENJINJING TULANG- SMSIBRAHIM

ALAM ghaib memang sesuatu yang sukar terjangkau oleh akal manusia. Kadang-kadang, ianya memerlukan interpretasi tinggi untuk memahaminya.
Begitulah dialami Rosli apabila menghadapi kejadian aneh di mana ianya sukar dilupakan sampai bila-bila. Pengalaman itu membuatkan Rosli benar-benar mengakui akan kehadiran makhluk ghaib yang selama ini dianggap hanyalah dongengan orang tua-tua.
“Aku sering menganggap kewujudan hantu, jembalang atau seumpamanya hanyalah ilusi nenek moyangku demi menakut-nakutkan kita sahaja. Namun, setelah ia muncul di depan mata ketika aku dalam keadaan serba sedar, segala persepsiku sebelum ini berubah total.” ROSLI
Seorang balita berwajah jelik, dan bermata merah menyala tiba-tiba muncul di padang ragutan lembu sambil merenung tajam Rosli. Ini telah membuatkan Rosli berlaga lutut, dan serentak itu air suam berbau hancing mengalir deras di kangkangnya.
Tatkala itu, Rosli punya dua pilihan. Adakah mahu melawan renungan tajam mata balita itu seperti pendekar penuh ilmu di dada, atau membuka langkah sumbang agar segera melarikan diri? Rosli harus memilih salah satu secara tepat!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.