Khamis, 9 Oktober 2014

PANDUAN MENGHANTAR DAN MENULIS MANUSKRIP UNTUK TERBITAN PENERBITAN ILHAM PERSONA


Jangan perap bakat atau simpan karya anda hanya untuk tatapan diri sendiri...

Marilah berkongsi karya kreatif anda kepada semua peminat novel dan sastera tanah air...

Kami mengalu-alukan para penulis yang sudah mapan, ataupun yang baru menceburkan diri dalam dunia penulisan kreatif tanah air...
Ini kaedahnya...

PANDUAN MENGHANTAR DAN MENULIS MANUSKRIP UNTUK TERBITAN PENERBITAN ILHAM PERSONA

1) Penulis bebas menulis apa sahaja naratif dalam berbagai-bagai genre mengikut pilihan dan kesesuaian penulis itu sendiri seperti cinta, thriller, indie, penyiasatan, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, komedi, agama, sejarah, biografi, psikotik, teenlit, chicklit, sains, aksi, falsafah, satira, sukan, retro, metro pop, budaya, perang, patriotik dan sebagainya.

2) Jika menggunakan size font 12, manuskrip mesti 400 muka surat atau lebih dan 1.5 spacing. Manakala jika size font 10, manuskrip mesti 280 muka surat atau lebih dan 1.5 spacing. Tipografi adalah menggunakan times new roman sahaja.
(SILA SERTAKAN TAJUK dan SINOPSIS MANUSKRIP ANDA)

Jika ada karya yang sudah siap dihasilkan tetapi tidak mencapai ketebalan seperti yang dikehendaki oleh pihak penerbit, anda boleh juga menghantar kepada kami. Jika panel penilai menilai ianya sesuai untuk diterbitkan, penerbit akan menghubungi anda. Penulis dikehendaki melakukan penambahan atau pindaan bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan). Kepada karya-karya yang dibimbing sebegini, anda hendaklah setia menjadi penulis di bawah label PENERBITAN ILHAM PERSONA sahaja.
(SILA SERTAKAN TAJUK dan SINOPSIS MANUSKRIP ANDA)

3) Sertakan surat akuan karya anda. WAJIB.

Sertakan nama sebenar, nama samaran, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi dan alamat email.

Sila nyatakan manuskrip yang disertakan adalah karya asli anda. Bukan karya ciplak, terjemahan daripada mana-mana novel atau adaptasi daripada mana-mana karya. Sekiranya manuskrip pernah diterbitkan dalam bentuk e-novel, anda perlu menyatakan alamat laman blog tersebut.

Sila pastikan manuskrip yang dihantar itu tidak pernah diserahkan kepada mana-mana penerbit sebelum ini. Kami juga tidak mahu anda menghantar manuskrip yang sama/atau manuskrip yang seterusnya ke merata-rata penerbit-penerbit lain.

4) Jika anda tidak mematuhi fasal 3 di atas, sekiranya berlaku dan terdapat permasalahan nanti, anda perlu bertanggungjawab di atas hal ini. SURAT AKUAN INI HARUS DITANDATANGANI BERSERTA TARIKH. 

5) Tempoh penilaian akan dibuat selewat-lewatnya 2 hingga 3 bulan dari tarikh penerimaan. Tetapi selalunya lebih awal dari tarikh tersebut. Jika panel kami berminat untuk mengambil manuskrip anda untuk diterbitkan, penerbit akan menghubungi anda melalui telefon dan email.

6) Manuskrip hendaklah dicetak di bahagian depan sahaja dan bukannya depan belakang. Kemudian dijilid. Seelok-eloknya com binding.

7) Manuskrip ini hendaklah dihantar sendiri atau diposkan ke PENERBITAN ILHAM PERSONA. (Bukti pos tidak boleh dijadikan sebagai bukti penerimaan) Jangan sertakan CD, disket atau pendrive. (Jika hendak menghantar karya anda melalui email, sila hantarkan ke  penerbitanilhampersona@gmail.com
 atas nama manuskrip untuk dinilai. Sila pastikan butiran peribadi anda termasuk nombor telefon disertakan.)

8) Setiap manuskrip yang sampai ke PENERBITAN ILHAM PERSONA akan dimaklumkan kepada penulis. Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.

9) Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip dan bukannya sekadar beberapa bab sahaja semata-mata untuk mendapatkan komen.

10) Jika kualiti cerita tidak memenuhi kriteria pemilihan, manuskrip tersebut ditolak dan tidak dikembalikan. Hanya akan dimaklumkan melalui telefon dan email sahaja.


Perkara-perkara yang perlu dipatuhi sebelum menghantar manuskrip anda,

1)     Pastikan karya anda mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di bawah agar tidak mengganggu proses penilaian dan sekaligus mengganggu jalan cerita anda.


2)    Manuskrip yang dihantar mestilah menepati ciri-ciri berikut,
I.               Tiada unsur hubungan intim/bilik tidur yang keterlaluan.
II.             Tiada unsur perkauman atau terlalu menyentuh sensitivi agama atau bangsa dan adat resam.
III.           Tiada unsur politik atau idealogi haluan kiri baik dari dalam negara mahupun luar negara.
IV.            Jika tidak yakin dengan dialog Bahasa Inggeris yang dikarang, sila gunakan Bahasa Melayu sahaja.
V.              Tidak boleh sesuka hati mencampuradukkan bahasa atau mengubah bahasa itu mengikut bahasa pasar tanpa diboldkan misalnya = kisah jadi kesah, seorang diri jadi sorang-sorang, penipu jadi pengencing, apahal jadi apasal.
VI.            Perkataan/ejaan ketika berchat mesti dielakkan. Misalnya. Ko, pesal, dlm, sy, otw, omg, dan sebagainya.
VII.          Jika menggunakan loghat daerah atau negeri, wajib diboldkan. Misalnya hang, depa, ese, apo, kono, mongak, gerek, abe, ikang,  dan sebagainya.
VIII.        Jika menggunakan perkataan atau ayat dalam bahasa Inggeris, wajib diitalickan. Misalnya, good morning, handsome, scanner,  dan sebagainya.
IX.            Tidak boleh menggunakan bahasa yang terlalu lucah atau bahasa yang keterlaluan. Seelok-eloknya gunakan bahasa yang sudah ditapis sedikit atau bahasa kiasan sahaja.
X.              Dilarang sama sekali menciplak hasil karya atau idea orang lain atau bahan yang diambil dari internet. Jika mahu menggunakan kata-kata hikmat atau sebagainya, sila masukkan rujukan.
XI.            Kami tidak menggalakkan menggunakan hadis di dalam karya, ini kerana penulis perlu pastikan dahulu hadis yang diperolehi itu adalah hadis sahih ataupun tidak. Begitu juga jika menggunakan ayat al-Quran. Jika kurang yakin, jangan guna bagi mengelak kekeliruan para pembaca. Seeloknya harus rujuk kepada JAKIM dahulu.
XII.          Jika boleh, karya yang dihasilkan harus ada hubungan antara kaum berbilang bangsa di Malaysia.

3)    Setelah memenuhi kriteria di atas, sila hantarkan manuskrip anda ke;


KETUA EDITOR
(PENILAIAN MANUSKRIP)
PENERBITAN ILHAM PERSONA
151-4-6A TINGKAT 4,
WISMA MUTIARA PUCHONG,
BATU 6 1/2 JALAN PUCHONG,
58200 KUALA LUMPUR.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada

penerbitanilhampersona@gmail.com

atau mesej ke

FB Penerbitan-ILHAM-persona

atau WhatsApp ke talian 013-3676396