Khamis, 3 November 2016

NOVEL-NOVEL ILHAM PERSONA

As' salam....


Dapatkan novel-novel terbitan Ilham Persona di pasaran..
Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh beli secara online melalui kami...



Untuk maklumat dan sinopsis novel-novel terbitan kami yang lain, sila layari fanpage kami: https://www.facebook.com/pages/Penerbitan-ILHAM-persona/314611835382748?ref=hl




Selasa, 11 Oktober 2016

SINOPSIS AMOUR ET DE VENGEANCE- ALEEYA ATINZA


Rasa benci terarah dendam memang terlalu pedih untuk dihadam. Apatah lagi rasa itu wujud terhadap orang yang paling kita sayangi. Itulah dialami Emran Rizal, jiwanya kacau-bilau setelah hatinya terbenam di nubari Anis Rumaisa biarpun gadis itu diyakini telah membunuh isteri, anak serta ibu bapanya.

“Berikan aku pisau dan pasti kubenam pisau itu di dadamu kerana total membencimu. Namun apakan daya, rasa sayangku kepadamu melebihi segala-galanya.” Emran Rizal.

Walaupun Anis Rumaisa kesal Emran Rizal sangat-sangat membencinya dek menuduhnya sebagai pembunuh, dalam diam-diam, timbul kasmaran luar biasa Anis Rumaisa kepada Emran Rizal. Ini membuat jiwa Anis Rumaisa seolah-olah di awang-awangan kerana begitu asyik.

“Jujur, aku mencintaimu ibarat pesona di langit biru. Jujur juga, aku meluat melihatmu ibarat api yang membakar hangus seluruh harmoni.” Anis Rumaisa.

Bagaimana Emran Rizal dan Anis Rumaisa hendak menguraikan kecelaruan yang dihadapi masing-masing? Adakah mereka berdua harus berjumpa tabib untuk mendapat rawatan? Atau membiarkan rasa benci dan dendam itu hanyut di laut begitu sahaja? Kedua-dua persoalan itu hanya Emran Rizal dan Anis Rumaisa yang boleh menyelesaikannya, tetapi dengan syarat, mereka berdua harus tidak berotak lembam.


AMOUR ET DE VENGEANCE- ALEEYA ATINZA
RM 28.00 Semenanjung FREE POSTAGE
RM 31.00 Sabah Sarawak FREE POSTAGE




SINOPSIS BALITA BOLEN MENJINJING TULANG- SMSIBRAHIM

ALAM ghaib memang sesuatu yang sukar terjangkau oleh akal manusia. Kadang-kadang, ianya memerlukan interpretasi tinggi untuk memahaminya.
Begitulah dialami Rosli apabila menghadapi kejadian aneh di mana ianya sukar dilupakan sampai bila-bila. Pengalaman itu membuatkan Rosli benar-benar mengakui akan kehadiran makhluk ghaib yang selama ini dianggap hanyalah dongengan orang tua-tua.
“Aku sering menganggap kewujudan hantu, jembalang atau seumpamanya hanyalah ilusi nenek moyangku demi menakut-nakutkan kita sahaja. Namun, setelah ia muncul di depan mata ketika aku dalam keadaan serba sedar, segala persepsiku sebelum ini berubah total.” ROSLI
Seorang balita berwajah jelik, dan bermata merah menyala tiba-tiba muncul di padang ragutan lembu sambil merenung tajam Rosli. Ini telah membuatkan Rosli berlaga lutut, dan serentak itu air suam berbau hancing mengalir deras di kangkangnya.
Tatkala itu, Rosli punya dua pilihan. Adakah mahu melawan renungan tajam mata balita itu seperti pendekar penuh ilmu di dada, atau membuka langkah sumbang agar segera melarikan diri? Rosli harus memilih salah satu secara tepat!



Rabu, 14 September 2016

SINOPSIS- SINAR DI HUJUNG SENJA - SMAHADZIR




KAMA berahi bersandarkan hawa nafsu, dan dipengaruhi godaan syaitan, pasti membuatkan manusia tersungkur di jurang yang tidak berpenghujung. Itulah dialami Sohor, dan Hamidah, perlip buta yang terlalu agung di kala muda, mewujudkan dosa besar tanpa mereka berdua menyedarinya.

Aku mencintaimu seluruh jiwaku. Jika boleh, seluruh alam ini kupersembahkan untuk dijadikan mahligai hidupmu.” SOHOR

Aku juga begitu, terlalu ikhlas cintaku ini terhadapmu, dan aku membalasnya tanpa rasa was-was. Datanglah kepadaku, dan rangkullah tubuhku semahu-mahunya demi cinta terpateri...” HAMIDAH

Hasil hubungan terlarang itu, maka lahirlah insan bernama Nur Aini. Segala kebiadaban yang telah dilakukan, menjadi rahsia, dan tidak akan dipecahkan Sohor, dan Hamidah sehingga bila-bila.

Kini setelah 19 tahun berlalu, sesuai namanya, Sohor menjadi tersohor, dan bergelar datuk. Malah, dia disanjung kerana kesuksesannya sebagai ahli perniagaan yang berjaya, dan sebagai tokoh politik yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Namun, semua yang diperoleh Datuk Sohor mula tidak membawa sebarang makna gara-gara Nur Aini ingin mendirikan rumah tangga dengan anak seorang menteri.

Datuk Sohor tahu, dia haram berwalikan anaknya disebabkan status anaknya itu. Namun, untuk menjaga reputasi kerana takut malu, takut terhina, takut kehilangan pengaruh, dan takut hilang jawatan dalam karier politiknya, Datuk Sohor ingin bertindak mempersendakan hukum Tuhan yang sudah sedia termaktub.

Akan tetapi, langkah yang akan dilakukan Datuk Sohor itu pasti mengundang perbuatan zina oleh anaknya sepanjang hidup, dan segala dosa si anak, akan ditanggung olehnya. Datuk Sohor berserabut memikirkan hal itu. Dia harus memilih satu antara dua. Menanggung dosa sepanjang hayat atau malu kepada masyarakat. Salah satu yang dipilih, pasti memberi implikasi besar kepada dirinya...

Selasa, 23 Ogos 2016

SINOPSIS ASMARA LIBANG-LIBU

As'salam...

ASMARA LIBANG-LIBU - WAFAA' MUNIERAH UMAR

Asmara yang menggoncang nubari, membuat fikiran menjadi rada luas biasa. Malah, kecelaruan kasmaran yang bergelojak, membuat fikiran menjadi terlalu buntu.

Itulah dialami Adibah. Apabila cinta tertanam dalam diri setelah bertemu si teruna perkasa, hatinya terus menjadi tidak keruan, lalu debaran mengasak-asak setiap kali nafasnya.

“Melihatmu sahaja, aku terus jadi tiga suku. Qahir, aku mahu menggodamu dengan segala yang ada pada tubuhku ini. Aku tidak kisah orang mengatakan perigi mencari timba, sebab aku sangat menyukaimu sepenuh hati.” ADIBAH

Cinta gila Adibah kepada Qahir telah mengundang rasa jaki Sakira. Gadis berstatus anak hartawan itu menyimpan kesumat terhadap Adibah sehingga sanggup membuat apa sahaja demi hati Qahir dapat ditawannya.

“Oleh kerana kau berani mendekati jejaka kegilaanku, maka kuhancurkan seluruh maruahmu tanpa tanggung-tanggung, lalu membuangnya ke laut. Biar hidupmu menjadi tidak berperibadi sehingga akhir hayat!” SAKIRA

Perbuatan laknat Sakira telah mengundang rasa sedih Adibah. Dia benar-benar kesal, dan hilang harga diri. Namun, rasa kesal itu hilang begitu sahaja setelah muncul cahaya pembalasan yang tidak terperi.

Adibah membulat tekad, asmara libang-libunya harus segera diperbetulkan. Kaedahnya ialah, mengenyahkan Sakira dari kotak fikirannya secara total. Namun, bagaimana cara paling berkesan agar ianya dilihat bukan pembalasan yang sakral? Hanya Adibah saja tahu menyelesaikannya menjadi tuntas...


HARGA
SEMENANJUNG : RM 36.00 (POSTAGE PERCUMA)
SABAH/ SARAWAK : RM39.00 (POSTAGE PERCUMA)

SINOPSIS BUNGA LAIN FITRAH - SMAHADZIR

As'salam...

SINOPSIS

BUNGA LAIN FITRAH - SMAHADZIR


Apabila si teruna mencintai si gadis, itu lumrah kehidupan, tetapi jika si teruna mencintai si gadis yang punya lain citarasa, itu di luar hakikat manusia. Itulah dialami Arfik, mencintai seorang gadis yang hanya mahu membuka hatinya kepada rakan sejenis sahaja.

“Terus terang, awak bukan ‘taste’ saya. Hati saya inihanya boleh dibuka oleh haruman mawar yang datang dari golongan hawa semengga.” JOO ANN PARE.

Walaupun Joo Ann Pare tegar menerima cinta hanya dari kaumnya sahaja, ini tidak mematahkan semangat Arfik untuk mengejar gadis asal Connecticut, Amerika Syarikat, yang sangat berpegang kuat kepada agama Kristian Protestan itu.
“Kamu ialah manusia yang dijadikan Tuhan secara normal, dan itu fitrah. Justeru, kamu harus akur dengan kejadian semula jadi seorang wanita. Lelaki ialah pasangan kamu, dan kamu harus menerima hakikat itu.”ARFIK

Walaupun mengaku terlalu payah, Arfik tidak berputus asa dalam usaha membuka hati Joo Ann Pare untuk menerimanya, dan seterusnya mengubah tatacara hidup gadis tersebut.

Namun, bagaimanakah cara terbaik yang harus dilakukan Arfik agar ianya dilihat sebagai perkara yang murni abadi? Adakah dia harus menyedarkan Joo Ann Pare tentang keEsaan Tuhan yang sebenar-benarnya, atau melawan bait-bait yang terucap dari bibir delima Joo Ann Pare di mana sentiasa melemaskan Arfik dengan kesyahduan rasa menggoda? Entahlah, kedua-duanya itu, terpulang kepada Arfik untuk melakukan tindakan yang terbaik.

HARGA
SEMENANJUNG : RM 28.00 (POSTAGE PERCUMA)
SABAH/ SARAWAK : RM31.00 (POSTAGE PERCUMA)


Jumaat, 6 Mei 2016

SINOPSIS BUKAN CINTA TABU - EMILY YASMINE


SINOPSIS

HIDUP sebagai lelaki, tetapi terperangkap dalam tubuh perempuan, memang menyusahkan. Lebih-lebih lagi kalau diri berwajah lote dan menggetarkan nyawa. Itulah dialami Rohaya. Biarpun berwajah ayu, dirinya tetap berjalan membuka dada mengalahkan lelaki bertubuh sado.

“Gua bukan suka-suka mahu jadi tomboy. Sudah naluri gua sejak lahir. Jadi, lu orang jangan nak sibuk-sibuk tepi seluar gua...” ROHAYA

Setiap hari, hidup Rohaya berkisar dalam buana Haikal, rakannya sejak di bangku sekolah lagi. Mereka berdua bagaikan pantai dan laut, tidak boleh dipisahkan.
“Kita kawan sampai mati. Ke mana aku pergi, kau mesti ikut. Jika kau tiada di sisiku, lebih baik aku mati!” HAIKAL

Berpegang kepada janji, mereka berdua ikrab sehingga ke alam pekerjaan. Namun, semuanya berubah apabila Haikal tertemu seorang gadis bertubuh genit dan jinih. Bagaikan orang kalap, Haikal terlalu mudah tertaut kama kepada gadis itu.

“Apa sahaja yang abang mahu, saya pasti turuti tanpa banyak bicara. Asalkan, abang bersama saya dan kalau boleh, berkepit di ketiakku setiap hari...” AIN

Kasmaran melampau Haikal bersama Ain membuat Rohaya jadi wailol. Dia terus hilang punca dan gagal mengawal diri gara-gara timbul rasa jaki terhadap pasangan tersebut.

Rohaya hairan dan benar-benar keliru. Mengapa harus menjadi begitu sedangkan dia telah berjanji kepada diri sendiri akan berlagak lelaki sampai mati? Adakah selama ini Rohaya hanya berpura-pura sahaja sedangkan jauh di lubuk hatinya, dia masih tetap perempuan sejati? Entahlah, Rohaya tidak tahu.... Apa-apa pun, hubungan Haikal dengan Ain membuat jiwa Rohaya terbakar hangus. Dia berdoa agar pasangan itu segera berantakan dan akhirnya, memutuskan hubungan!