BOSS, I MISS YOU
EISYA NAZIERA SAFIYAH

SINOPSIS
PYQA menyambut cinta yang ditaburkan oleh bosnya iaitu Farid setelah sekian lama membenci lelaki itu. Ini gara-gara Farid yang sebelum ini berkelakuan mengalahkan Israel, tiba-tiba menjadi seorang yang sangat alim. Mengalahkan ustaz yang baru balik dari Tanah Suci.

‘Kau taburkan cinta kepadaku bagaikan petani menabur baja pada pokok yang ditanam. Semakin lama, aku semakin subur oleh cintamu. Lalu, aku memberikan kau buah bahagia untuk kita mengauli asmara bersama-sama.’ PYQA

Kebahagiaan bersama Farid membuatkan Pyqa berasa damai. Namun, apa dikecapi Pyqa telah direntap oleh seorang perempuan berhati keparat yang mendampingi Farid.
‘Aku hadir di sisimu sebagai bidadari yang memberikan kepuasan yang sangat luar biasa. Percayalah, kau akan menikmatinya sehingga menjadi ketagihan.’ SHIRA

Teknik world class lady diberikan Shira kepada Farid iaitu keseronokan terlarang, telah membuatkan lelaki itu memiliki hati busuk mengalahkan Firaun. Kini Farid melihat Pyqa seperti besi berkarat yang tidak mempunyai apa-apa nilai.

“Kau memberikan cinta yang diterjemahkan dengan cara ciuman dan dakapan. Terus terang, aku muak cara cinta klisemu itu. Aku kini benar-benar mahukan cinta baharu agar membuatkan aku menjadi gila bayang.’ FARID

Perbuatan musibat Farid disambut Pyqa bersama air mata kesengsaraan. Bagaimana Pyqa hendak mengharungi dugaan ini? Adakah dia harus menjadi abdi kepada Farid yang sudah memiliki hati seperti firaun itu atau menjadi srikandi untuk mendapatkan keadilan? Kedua-dua perkara itu harus dipilih salah satu oleh Pyqa. Dalam mengharungi kesengsaraan itu, bayangan Fahmi mula menjadi segar dalam ingatan Pyqa.

‘Kasih sayang tidak boleh terbina jika seorang sahaja yang berusaha. Begitulah  juga cinta, ianya harus dilakukan secara bekerjasama agar menjadi utuh dan berkekalan.’ FAHMI

HARGA
RM 28.00 SEMENANJUNG
RM 31.00 SABAH/SARAWAK