Khamis, 2 April 2015


IMAGINASI MEMBACA ANDA PASTI BERUBAH

SECRET LOVE DEAL
FARRAH WANIRA AKHIR

RASA kasih sayang yang mendalam pasti akan menghadirkan cinta abadi. Itulah yang dirasai Ujang. Demi cinta, dia telah mencurahkan segala-galanya kepada Lina yang merupakan isterinya.
“Cinta adalah sesuatu yang misteri. Ianya tidak boleh dikalahkan oleh ugutan dan juga peperangan. Inilah cintaku padamu sehingga akhir hayatku.” UJANG
Namun, cinta abadi Ujang itu tidak disambut Lina. Lina beranggapan jika hanya cinta di dalam rumah tangga tanpa ada sebarang kemewahan, samalah juga seperti hidup tanpa berpakaian.
“Jiwaku dihimpit kesengsaraan dan aku menjadi haus. Aku mahu mencari minuman berupa kesenangan. Bukan mahu meminum cintamu yang kurasakan seperti nanah itu.” LINA
Lina telah memperkosa cinta Ujang kepadanya. Lina telah menjadi isteri durjana gara-gara membuat perjanjian cinta rahsia bersama seorang lelaki. Semua itu dilakukan Lina kerana didorong oleh masa lalu yang penuh kehitaman dan kebajingan.
“Tempat terbaik di muka bumi ini untuk kau berehat adalah di dadaku. Dadaku merupakan bantal empuk yang pasti membuatkan kau tidur pulas. Marilah bersamaku, abaikan cinta suamimu yang tidak ke mana-mana itu.” ANTON
Kenangan lalu Ujang bersama Kalsum kembali segar dalam ingatan. Alangkah baiknya Ujang sedar bahawa dirinya itu adalah suami dayus kerana terus-menerus membiarkan Lina bergelumang dosa walaupun pada masa yang sama, Lina masih isterinya!
“Hanya ada dua waktu sahaja untuk saya bersama awak. Kedua-dua waktu itu adalah kini dan selamanya.” KALSUM

Harga
Semenanjung RM 36.00
Sabah/Sarawak RM 39.00

Pesan melalui facebok Penerbitan-ILHAM-persona
Untuk maklumat lanjut WhatsApp – 0133676396
Atau dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.