BOSS, I MISS YOU
EISYA NAZIERA SAFIYAH
SINOPSIS
PYQA menyambut cinta yang ditaburkan
oleh bosnya iaitu Farid setelah sekian lama membenci lelaki itu. Ini gara-gara
Farid yang sebelum ini berkelakuan mengalahkan Israel, tiba-tiba menjadi
seorang yang sangat alim. Mengalahkan ustaz yang baru balik dari Tanah Suci.
‘Kau taburkan cinta kepadaku bagaikan
petani menabur baja pada pokok yang ditanam. Semakin lama, aku semakin subur
oleh cintamu. Lalu, aku memberikan kau buah bahagia untuk kita mengauli asmara
bersama-sama.’ PYQA
Kebahagiaan bersama Farid membuatkan
Pyqa berasa damai. Namun, apa dikecapi Pyqa telah direntap oleh seorang
perempuan berhati keparat yang mendampingi Farid.
‘Aku hadir di sisimu sebagai bidadari
yang memberikan kepuasan yang sangat luar biasa. Percayalah, kau akan
menikmatinya sehingga menjadi ketagihan.’ SHIRA
Teknik world class lady diberikan Shira
kepada Farid iaitu keseronokan terlarang, telah membuatkan lelaki itu memiliki
hati busuk mengalahkan Firaun. Kini Farid melihat Pyqa seperti besi berkarat
yang tidak mempunyai apa-apa nilai.
“Kau memberikan cinta yang
diterjemahkan dengan cara ciuman dan dakapan. Terus terang, aku muak cara cinta
klisemu itu. Aku kini benar-benar mahukan cinta baharu agar membuatkan aku
menjadi gila bayang.’ FARID
Perbuatan musibat Farid disambut Pyqa
bersama air mata kesengsaraan. Bagaimana Pyqa hendak mengharungi dugaan ini?
Adakah dia harus menjadi abdi kepada Farid yang sudah memiliki hati seperti
firaun itu atau menjadi srikandi untuk mendapatkan keadilan? Kedua-dua perkara
itu harus dipilih salah satu oleh Pyqa. Dalam mengharungi kesengsaraan itu,
bayangan Fahmi mula menjadi segar dalam ingatan Pyqa.
‘Kasih sayang tidak boleh terbina jika
seorang sahaja yang berusaha. Begitulah
juga cinta, ianya harus dilakukan secara bekerjasama agar menjadi utuh
dan berkekalan.’ FAHMI
HARGA
RM 28.00 SEMENANJUNG
RM 31.00 SABAH/SARAWAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.