BUKAN CINTA TABU
EMILY YASMINE
HIDUP sebagai lelaki, tetapi terperangkap dalam tubuh
perempuan, memang menyusahkan. Lebih-lebih lagi kalau diri berwajah lote dan
menggetarkan nyawa. Itulah dialami Rohaya. Biarpun berwajah ayu, dirinya tetap
berjalan membuka dada mengalahkan lelaki bertubuh sado.
“Gua bukan
suka-suka mahu jadi tomboy. Sudah naluri gua sejak lahir. Jadi, lu orang jangan
nak sibuk-sibuk tepi seluar gua...” ROHAYA
Setiap hari, hidup Rohaya berkisar dalam buana Haikal,
rakannya sejak di bangku sekolah lagi. Mereka berdua bagaikan pantai dan laut,
tidak boleh dipisahkan.
“Kita kawan sampai
mati. Ke mana aku pergi, kau mesti ikut. Jika kau tiada di sisiku, lebih baik
aku mati!” HAIKAL
Berpegang kepada janji, mereka berdua ikrab sehingga ke
alam pekerjaan. Namun, semuanya berubah apabila Haikal tertemu seorang gadis
bertubuh genit dan jinih. Bagaikan orang kalap, Haikal terlalu mudah tertaut
kama kepada gadis itu.
“Apa sahaja yang
abang mahu, saya pasti turuti tanpa banyak bicara. Asalkan, abang bersama saya
dan kalau boleh, berkepit di ketiakku setiap hari...” AIN
Kasmaran melampau Haikal bersama Ain membuat Rohaya jadi
wailol. Dia terus hilang punca dan gagal mengawal diri gara-gara timbul rasa
jaki terhadap pasangan tersebut.
Rohaya hairan dan benar-benar keliru. Mengapa harus
menjadi begitu sedangkan dia telah berjanji kepada diri sendiri akan berlagak
lelaki sampai mati? Adakah selama ini Rohaya hanya berpura-pura sahaja
sedangkan jauh di lubuk hatinya, dia masih tetap perempuan sejati? Entahlah,
Rohaya tidak tahu.... Apa-apa pun, hubungan Haikal dengan Ain membuat jiwa
Rohaya terbakar hangus. Dia berdoa agar pasangan itu segera berantakan dan
akhirnya, memutuskan hubungan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.