SINOPSIS
PART-TIME MAID - ADRIANA AMANI HAKIMI
SETIAP manusia pasti punya cita-cita
demi mengubah hidupnya dan mendapat apa yang dihajati. Namun, cita-cita Wawa
untuk memperoleh kerjaya yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Dia dibungkus
oleh impian yang kini hanya menjadi angan-angan semata-mata.
“Cita-citaku bukan terlalu besar. Hanya
sekelumit dalam hidupku agar menjadi manusia berjaya. Ternyata, ianya tidak
dapat kugapai secara sempurna.” WAWA
Wawa terpaksa menghadam kerjaya sebagai
pembantu kepada seorang kaya yang berhati durja. Setiap hari, makanan dan
minuman Wawa ialah makian dan kata-kata nista.
“Aku berkuasa kerana wang yang
kumiliki. Jadilah abdiku apabila aku berkehendakkan kau berbuat begitu.” DATUK
SERI MAJID
Walaupun hati Wawa terlalu sinu, dia
terpaksa rela biarpun Datuk Seri Majid berbuat bajingan terhadapnya. Wawa tahu,
dirinya kini tidak ubah seperti haiwan berkurap.
Dalam kepayahan Wawa meniti kerja di
bawah telunjuk lelaki tidak berhati perut itu, kenangan lalu mula
bergentayangan di sanubarinya. Setiap hari, wajah pemuda tampan yang pernah
dikasihi, acap kali menghimpit dirinya.
“Bahasa klisenya, aku sayang kepadamu.
Kalau boleh, aku mahu menjadi suramu. Itu pun, kalau kau sanggup memaafkanku.”
AIMAN
Wawa berbelah bahagi. Adakah dia tegar
bekerja di bawah Datuk Seri Majid yang keparat itu dengan cara menjadi tuli dan
membodohkan diri? Atau, mengambil keputusan untuk melepaskan amarah dengan cara
mengeluarkan kata-kata kesat demi memperlihatkan bahawa dirinya punya harga
diri? Wawa harus memilih terbaik demi kelangsungan hidupnya...
Semenanjung RM 28.00
Sabah & Sarawak RM 31.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.